Nora Danish bangga suami ‘lawan’ sifat penggeli, sanggup berkaki ayam bantu mangsa banjir

Dari Penulis

Pelakon popular, Nora Danish meluahkan rasa bangga melihat suaminya, Nedim Nazri bersama dengan pasukannya bagi menyertai misi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Lebih membuatkan dirinya bangga apabila suaminya yang dikenali sebagai seorang yang penggeli sanggup tidak memakai kasut sewaktu membantu mangsa bencana alam itu.

“Berkaki ayam? Suami saya seorang yang sangat penggeli. Saya sangat-sangat bangga dengan kamu. Saya tak tahu dari mana awa dapat semangat itu.

“Sangat bangga dengan kamu! Terus lakukan kerja murni ini demi rakyat untuk rakyat,” tulisnya.

Tambah Nora, sejak berita mengenai banjir tular minggu lalu, suaminya antara yang paling teruja untuk turun padang bagi memabantu mereka yang terjejas.

“Empat hari berturut-turut, daripada satu tempat ke satu tempat lain. Sampai tak sempat makan, pagi-pagi dah bangun…telefon sana sini untuk mencari tempat yang memerlukan bantuan,” luahnya.

Sementara itu menerusi laman sosial Twitter, Nedim atau Nedim Sujak Nazri Aziz menitipkan pesanan kepada pihak yang berniat untuk menghulurkan bantuan agar tidak sekadar meletakkan barangan yang dibawa di satu tempat.

“Nasiha saya, jangan drop (letak sahaja) barang di satu tempat sbealiknya pergilah ke rumah mangsa banjir sendiri.

“Kalau pergi ke pusat pemindahan sementara (PPS), panggil mangsa ke kereta atau lori anda dan bagi mereka ambil sendiri barang keperluan dan baki barang yang ada, barulah serahkan kepada mereka yang in-charge (dipertanggungjawabkan),” ciap Nedim.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This