Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif SKM baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif baharu suruhanjaya tersebut.

SKM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Rusli, 59, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rusli Jaafar

Menurut SKM, Rusli telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif berkuatkuasa 1 Disember lalu.

“Pelantikan ini selaras dengan Perkara 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: SKM sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir

Mengulas lanjut, SKM memaklumkan, Rusli yang berasal dari Kuala Selangor merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata SKM, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah SKM Selangor pada tahun 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan Pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat SKM.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani sebelum ini.

“Rusli juga telah berkhidmat selama 30 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This