PELAKON Zarina Anjoulie atau nama sebenar Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 35, mencetuskan kemarahan netizen apabila dia bertindak mencium pipi Iqram Dinzly dalam sebuah video.
Difahamkan, video lama yang dimuat naik pada 18 Disember lalu di aplikasi TikTok namun baharu kini tular selepas ia kembali di kongiskan menerusi Instagram milik Migonline.
Menerusi video yang berdurasi 20 saat itu, Zarina sedang merakam dan meminta Iqram untuk memberikan kata-kata semangat kepada orang ramai.
“Awak katakan hai kepada semua. Awak ada kata-kata semangat tak kepada semua?,” soal Zarina.
“Hai, hidup pasti mati. Mati lah berkali-kali kerana hidup hanyalah sekali,” jawab Iqram.
Sebaik sahaja Iqram memberi respon kepada Zarina, dia berkata bahawa Iqram sangat comel lantas mencium pipi kanan sambil memeluk erat di bahagian pinggang pelakon berkenaan.
Tindakan Zarina itu telah mengejutkan dan mencetuskan kecaman netizen yang menganggap kedua-dua pelakon itu tidak menjaga batas antara satu sama lain.
Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen berpendapat walaupun mereka berdua adalah rakan baik, aksi mesra sedemikian tidak patut dilakukan.
Malah, ramai netizen turut mendoakan agar kedua-kedua pelakon itu segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
“Korang nie memang dah rosak, perangai macam ini lah rosak semua,” kata @Nursakina7.
“Dah-dah la buat dosa, nak jemput bala je korang ni,” ujar @Rizonizarpembelibunga.
“Ya Allah engkau berikan lah mereka hidayah dan ampunkan segala dosa-dosanya,” doa @Shadalila.

