Bolot hasil jualan punca remaja dibelasah, 7 ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN seorang remaja ‘makan seorang’ hasil jualan barangan bundle yang dijual telah menyebabkan dirinya dipukul rakan-rakannya.

Insiden pergaduhan yang tular dalam media sosial itu telah membuatkan tujuh remaja lingkungan 14 hingga 17 tahun termasuk mangsa sendiri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, polis telah menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 4.08 petang semalam selepas mangsa melihat video dirinya tular dalam Facebook.

Menurut beliau, mangsa mendakwa kejadian berkenaan telah pun berlaku pada 28 Disember lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari di kawasan Tapak Pasar Tamu, Kunak.

Sabarudin berkata, kejadian tersebut berlaku kerana mangsa telah menjual barang bundle yang dibeli secara kongsi tanpa pengetahuan rakan-rakan dan hasil jualan tidak dibahagikan sama rata.

“Apabila kawan-kawan mangsa mengetahui perbuatan itu, mangsa sendiri minta didenda dengan cara dipukul oleh kawan-kawanya sebagai hukuman atas perbuatan sendiri.

“Selepas kejadian tersebut, mangsa dan kawan-kawannya berkawan semula seperti sedia kala.

“Menurut mangsa juga, dia tidak mengalami kecederaan parah semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada laporan polis pekerja kilang elektronik dipukul – Ayob Khan

Sehubungan itu, Sabarudin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak telah menahan tujuh remaja termasuk mangsa bagi membantu siasatan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

“Diharapkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka,” jelas beliau.

Semalam, video insiden pergaduhan melibatkan kesemua remaja berkenaan tular dalam media sosial.

Dalam rakaman video tersebut menunjukkan mangsa telah dipegang dan dipukul hingga mangsa seolah-olah pengsan serta terbaring.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This