Tiga pegawai kanan SPRM buat memorandum, sokong Azam Baki

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIGA pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil membuat memorandum menyatakan sokongan kepada Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan.

Tiga pegawai kanan terbabit adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan SPRM hari ini, ketiga-tiga pegawai tertinggi itu berpendirian bahawa tohmahan serta serangan ke atas Azam adalah bermotifkan politik dendam.

Kata mereka, dakwaan sedemikian semata-mata bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami mewakili seluruh warga SPRM menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Azam selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

“Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bukit Aman sahkan terima laporan kes Azam Baki, rujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti

Rabu lalu, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kepentingan dalam banyak syarikat serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, Azam berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM pula mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan melibatkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, dalam mesyuarat khas pada 24 November lepas (2021) telah mendapatkan penjelasan Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjelaskan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, untuk membeli saham-saham pada tahun 2015.

Bagaimanapun, enam anggota LPPR dalam kenyataan akhbar semalam menyatakan kenyataan dikeluarkan Abu Zahar tidak menggambarkan pandangan sebenar mereka sebaliknya merupakan pandangan peribadi semata-mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This