Kerajaan teliti perluas VTL kepada Indonesia, Thailand

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN sedang meneliti ruang dan peluang untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan beberapa lagi negara termasuk Indonesia dan Thailand.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Ke-11 Menteri Kuartet COVID-19 yang dipengerusikannya, hari ini.

Menurut beliau, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah dijemput ke mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara berkenaan.

Hishammuddin berkata, Kementerian Pengangkutan dan Wisma Putra telah membentangkan perbincangan terkini dengan rakan sejawat masing-masing di Singapura mengenai VTL.

Pada masa sama, kedua-dua kementerian itu juga telah memberi cadangan bagi menambah baik inisiatif tersebut pada masa hadapan.

“Mereka sedang melihat ruang dan peluang untuk melaksanakan VTL dengan beberapa negara lagi termasuk Indonesia dan Thailand.

“Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi COVID-19 bukan sahaja di negara-negara berkenaan tetapi juga negara kita,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Pemalsuan sijil vaksinasi jejaskan keselamatan, kesihatan – Hishammuddin

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-11 Menteri Kuartet COVID-19, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Malaysia masih lagi mengamalkan pendekatan membuka sempadan secara berperingkat dan selamat.

Jelas beliau, cara terbaik buat masa ini masih lagi menggunakan pendekatan VTL.

“Keputusan membuka sempadan ini tak hanya bergantung kepada situasi pandmeik di negara kita semata-mata tapi banyak bergantung juga kepada hubungan kita dengan negara-negara destinasi.

“Kita telah minta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Negeri mendekati beberapa negara, kita dah mula berbincang dengan Indonesia dan Thailand.

“Insya-Allah, kita boleh buka sempadan sepenuhnya tapi buat masa ini, kita masih lagi mengamalkan pendekatan membuka secara berperingkat dan selamat,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This