Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun meninjau proses permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang, Banting.

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang, Banting.

Program pembaikan dan pembinaan itu adalah menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Pusat Sehenti ini dibuka selama tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan.

Ia kemudian akan diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

Baca: KPLB peruntuk RM50 juta baik pulih rumah mangsa banjir: 1,879 dibaiki, 165 bina baru

Pusat sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah di tabika, premis Kemas

“KPLB memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dengan kadar bantuan RM15,000 untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56,000 untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

“Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram