Polis siasat kejadian pergaduhan di Bukit Bintang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS akan menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu berhampiran Stesen Monorel Bukit Bintang, kelmarin.

Ia susulan penularan video berdurasi 22 saat yang memaparkan insiden tersebut dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan video tersebut yang dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Kongsi Segala Info’, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi sedang menjalankan pengesanan ke atas kumpulan individu terlibat.

Menurut Noor Dellhan, siasatan melibatkan kejadian tersebut akan dijalankan.

“Pada 10 Januari, terkesan satu video berdurasi 22 saat dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Kongsi Segala Info’ yang menunjukkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu berhampiran monorel Bukit Bintang.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenaytaan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis tahan doktor disyaki keluar sijil vaksin COVID-19 palsu

Noor Dellhan turut memberi amaran keras supaya orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.

“Sekiranya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This