PADA petang Ahad lalu, seorang lelaki warga Myanmar diserahkan kepada polis oleh orang awam kerana dipercayai mencuri motosikal di Kajang.
Keesokannya kira-kira jam 8.10 pagi, Orang Kena Tahan (OKT) mengadu tidak sihat dan dia dimasukkan ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan rapi.
kira-kira dua hari berada di wad, pihak hospital memaklumkan lelaki Myanmar itu meninggal dunia awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kes kematian mengejut OKT itu kini dalam siasatan pihaknya oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan.
“Hari ini pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca: OKT lolos lepas jalani saringan Covid-19 dipenjara empat bulan
Kematian OKT dalam lokap disebabkan paru-paru berair
Menurut beliau, pada 5.30 petang 30 Januari lalu, seorang lelaki tempatan telah menyerahkan lelaki warga asing itu kepada pihak polis di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal.
Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Jumaat lalu, JIPS memaklumkan menyiasat kes kematian seorang OKT dalam tahanan di Balai Polis Marang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

