TIADA perpecahan berlaku dalam UMNO sehingga mengakibatkan wujudnya dua kelompok yang memimpin parti terbesar orang Melayu itu.
Demikian tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurut Mahdzir, urusan perjalanan parti juga berlangsung cukup baik walaupun jawatan Perdana Menteri bukan dipegang oleh Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.
“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara itu tidak wujud.
“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik sahaja di peringkat Pusat,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap, hari ini.
Beliau diminta mengulas hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO disebabkan jawatan Perdana Menteri tidak disandang oleh Presiden parti.
Baca artikel berkaitan: UMNO sememangnya milik akar umbi – Ahmad Zahid
Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar juga berharap tidak ada pihak yang mengadu domba sehingga menimbulkan pergolakan dalam UMNO.
“Apabila ada pelantikan Perdana Menteri dari Naib Presiden, ini buat pertama kali UMNO Perdana Menteri tapi beliau adalah Naib Presiden, selalunya Perdana Menteri adalah Presiden parti.
“Jadi, apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden pula uruskan parti.
“Dari setakat ini yang saya sebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO.
“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, saya tak nampak sebarang masalah ketika ini,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

