Tahanan dadah meninggal dunia di lokap Pengkalan Chepa, JIPS mulakan siasatan

Dari Penulis

SEORANG lagi tahanan dilaporkan meninggal dunia di lokap, kali ini di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

Lelaki yang meninggal dunia itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Kata beliau, pihaknya menerima laporan mengenai kematian Orang Kena Tahan (OKT) itu pada 4.35 petang semalam.

“OKT adalah seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama dan direman selama empat hari bermula semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Dua lokap tahanan PATI di Johor dilaksana PKPD

Pada Jumaat lepas, JIPS telah menahan empat individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Kesemua mereka direman sehingga 20 Januari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This