Terima kasih semua, saya amat menghargainya – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan dan doa sempena hari lahirnya ke-62 hari ini.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi miliknya, Ismail Sabri turut mengimbau semula kenangan sewaktu kecil dengan mengatakan hampir tidak pernah menyambut hari jadi.

Namun begitu, Ismail Sabri memberitahu, apabila telah mempunyai anak, beliau akan menyambut hari jadi semua anaknya setiap tahun.

“Masa kecil saya hampir tak sambut hari jadi ni. Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak.

“Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka.

“Walau sibuk macam mana pun, saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka daripada kecil sampai dah besar panjang semua,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau turut berkongsi gambar sambutan hari lahirnya secara sederhana bersama isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan cucunya, Jeanelle Nika Mandagie.

Baca artikel berkaitan: Sambut Thaipusam dengan penuh pengertian mendalam – PM

Tambah Ismail Sabri, beliau rasa sangat dihargai apabila anak-anak dan isteri bersungguh-sungguh meraikan sambutan hari lahirnya.

“Bila saya dah makin tua, anak dah makin besar, mereka pula yang sentiasa tak sabar sambut hari lahir saya dan isteri.

“Alhamdulillah sebagai bapa, saya rasa sangat dihargai.

“Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This