Ahmad Faizal akan bertemu BAM, Zii Jia selesai kemelut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jaguh badminton tanah air, Lee Zii Jia dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua pihak.

Ia susulan keputusan badan induk badminton negara itu melarang Zii Jia beraksi di kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun.

Menurut Ahmad Faizal, isu yang berlaku antara BAM dan Zii Jia bukan perkara yang diinginkan rakyat serta penyokong sukan badminton.

Beliau berkata, kedua-dua pihak seharusnya mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut terbabit.

“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.

“Pada hemat saya, isu di antara BAM dan Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendukung serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.

“Kita tidak seharusnya mempertaruhkan masa depan pemain dan kedudukan Malaysia di pentas badminton antarabangsa,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, BAM membuat keputusan melarang bekas juara All England itu daripada beraksi di kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun.

Baca artikel berkaitan: BAM larang Lee Zii Jia bertanding dua tahun

Alasan diberikan BAM ialah antaranya ‘demi negara’.

“Kami perlu mengambil keputusan sukar ini demi kepentingan negara dan akibat kewangan, setelah melatih pemain itu selama 11 tahun,” kata Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Undang-undang BAM berkata, mereka tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk sebarang kejohanan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Katanya, BAM telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan bekas juara All England itu selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 11 Januari.

“Bagaimanapun, Zii Jia tetap dengan keputusannya dengan mendakwa tidak tahan dengan tekanan berada dalam skuad kebangsaan dan gaya hidup rejimen di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Dalam salah satu perbincangan, beliau turut mengemukakan beberapa syarat yang kami tolak,” katanya.

Menurut beliau, syarat itu ialah mempunyai pasukan jurulatih dan kakitangan sokongannya sendiri, merancang kejohanannya sendiri dan mempunyai penaja sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This