Tangkap layar kemalangan membabitkan Wani dan ibunya yang tular.

GADIS yang menunggang motosikal secara melulu dalam kemalangan di lampu isyarat dekat Parit Buntar, Perak tampil menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya bahawa dia sedang mengejar kekasih.

Menurut penunggang motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 17 mengatakan, kemalangan berlaku pada Ahad lalu ketika dia dan ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di Parit Buntar.

“Saya dari klinik kesihatan ketika itu dan mahu pulang ke rumah kakak yang terletak di kawasan Parit Buntar.

“Tak kan saya nak kejar kekasih sambil bawa mak,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Ujarnya, dia mengakui mengenali pemandu Perodua Alza yang dikatakan kekasihnya, tetapi lelaki tersebut sekadar kenalan.

“Saya tiada apa-apa hubungan dengannya, malah saya sendiri tidak mempunyai nombor telefonnya,” ujar Wani.

Baca artikel berkaitan: Gadis langgar lampu merah sampai sondol Myvi bukan kerana kejar ‘pakwe’

@utusantvofficial Semoga dipermudahkan urusan semua pihak terlibat. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tambah Wani, ketika kejadian itu berlaku, dia langsung tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar merah dan secara tiba-tiba terus merempuh Perodua Myvi di hadapannya.

Kata Wani, dia meluahkan rasa simpatinya kepada pemilik Alza merah disebabkan turut menjadi mangsa dalam situasi ini.

“Saya sendiri tak tahu pemilik Myvi akan sebarkan video kemalangan di laman sosial, tiba-tiba tahu sudah viral.

Ujarnya, dia memahami niat pemandu Myvi tersebut untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai, tetapi merasakan dirinya telah dimalukan.

Dalam pada itu, Wani turut memaafkan orang ramai yang telah mengecam dan melontarkan kata-kata fitnah serta spekulasi yang tidak betul terhadapnya.

 “Kalau boleh sampai di sini sahaja, saya tak mahu masuk campur lagi. Saya maafkan dunia akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan mengikut Rule 10 LN166/59 selepas kejadian kemalangan itu tular.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram