SEORANG kerani jualan sebuah syarikat swasta didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya tahun lepas.

Majistret Kamaliza Md Zain menjatuhkan hukuman itu ke atas Asyraf Hafizuddin Abdul Jalil, 26, selepas dia mengaku bersalah ketika sebutan kes hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Asyraf Hafizuddin didakwa memiliki 80 gambar lucah,163 video lucah dan satu fail dokumen mudah alih (PDF) lucah di dalam telefon bimbit jenama Samsung A50 model SM-A505F/DS miliknya.

Baca artikel berkaitan: Terima mesej lucah, gambar kemaluan, Ieda Moin buat laporan polis

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Jelempok Jaya, Kampung Utan Kandis, Arau Perlis pada pukul 11.30 pagi, 31 Mac 2021.

Asyraf Hafizuddin didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Asyraf Hafizuddin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ini adalah kesalahan pertama selain memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya serta baharu melangsungkan perkahwinan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Fazril Sani Mohamed Fadzil memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram