UMNO sedang meniti kebangkitan, jangan jadi duri dalam daging – Ahmad Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA ahli UMNO dinasihatkan supaya tidak menjadi duri dalam daging ketika parti itu disifatkan sedang meniti sebuah kebangkitan mutlak.

Perkara itu ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara di NRChannel, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, semua ahli perlu memperkukuh, memperkasa dan memperhebat UMNO dengan kekuatannya sendiri.

“Nasihat saya jika tidak berupaya jadi garam, jangan pula menjadi langau.

“Janganlah kita menjadi duri dalam daging semasa UMNO sedang meniti sebuah kebangkitan mutlak.

“Perkukuhkan, perkasakan, perhebatkan UMNO dengan kekuatan kita sendiri,” katanya dalam wawancara itu yang turut dimuat naik ke Facebook rasmi beliau.

Baca artikel berkaitan: Tok Mat dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras BN PRN Johor

Ahmad Zahid turut tampil memberi pencerahan berhubung dakwaan kononnya 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata beliau, hanya enam daripada 190 bahagian UMNO di seluruh negara mengemukakan usul tersebut.

Bukan niat mahu membidas pihak mendakwa 96 bahagian mahu pemilihan parti diadakan terlebih dahulu, namun Ahmad Zahid berkata, beliau wajib menyatakan kebenaran apabila ditanyakan tentang hal tersebut.

“Seperti diperjelaskan, saya tidak tahu bagaimana pihak yang membuat dakwaan itu mendapat angka 96, namun laporan yang saya terima daripada bahagian-bahagian UMNO adalah rasmi dan sahih.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak boleh membuat kesimpulan hanya bersandarkan hearsay (cakap-cakap) kerana perkara itu melibatkan kepentingan dan kehendak majoriti 3.3 juta ahli UMNO di seluruh negara.

“UMNO sebagai sebuah parti harus rasional untuk menjaga kepentingan akar umbi berbanding menjaga kepentingan kelompok kecil yang kepompong pemikirannya mungkin terlalu jumud untuk agenda tersendiri,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This