Letup mesin ATM: Netizen percaya jenayah babit bekas anggota terlatih

Dari Penulis

IBARAT kerja bekas anggota terlatih.Itu reaksi warganet selepas melihat video tular kejadian dua penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kedai serbaneka di pekan Meru, Klang, Selangor, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, sejumlah wang dilarikan penjenayah setelah memecah masuk premis tersebut melalui pintu hadapan.

Sebuah mesin ATM di kedai serbaneka di pekan Meru, Klang, Selangor, diletupkan dua individu semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

Kejadian hanya disedari pekerja kedai serbaneka tersebut ketika mahu membuka kedai pada 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4.50 pagi.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek dipercayai meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka itu sebelum melarikan sejumlah wang.

“Jumlah wang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Impak letupan yang sederhana dipercayai hasil kerja bekas anggota terlatih. FOTO MEDIA SOSIAL

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Faith Schiudere percaya penjenayah dipercayai bekas anggota terlatih. berdasarkan kepandaian mereka mengagak jumlah kuantiti bahan letupan.

“Bom secukup rasa… tak kuat sangat sampai berkecai mesin dan bakar kedai… tapi sekadar buka mesin.. pandai dia agak kuantiti bahan letupan.. adakah bekas anggota terlatih,” tulisnya.

Pendapat Faith Schiudere turut disokong pemilik akaun bernama Mohamad Bin A Bakar.

“Bukan calang2 org blh guna bom ni…… Mesti bekas terlatih…… Harap semua baik2 aja yaaa…..

Seorang lagi pengguna, Nadia Zara juga percaya penjenayah itu profesional berdasarkan kesan selepas letupan.

“Perhh clean eh.. pantas keje.. bkn calang2 perompak ni,” tulisnya.

Sementara itu, netizen meminta orang ramai berwaspada jika menerima not wang yang mempunyai kesan dakwat dipercayai wang hasil jenayah berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This