ANAK bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan anggota polis cedera dirempuh ketika menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Lumpur akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, esok.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kes berkenaan sudah dirujuk kepada Penolong Pendakwa Raya pada 2 petang hari ini dan mendapat arahan supaya dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
“Pertuduhan terhadap orang kena tuduh (OKT) akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya, esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, polis menafikan dakwaan kononnya tidak menjalankan siasatan berhubung satu kejadian kemalangan maut membabitkan anak kepada bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.
Anbalagan dipetik berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mengesan satu ciapan tular menerusi Twitter yang mendakwa pihaknya tidak menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.
BERITA BERKAITAN Polis nafi tidak siasat kemalangan melibatkan anak bekas pegawai kanan Bukit Aman
Berdasarkan ciapan di laman sosial yang menggunakan akaun “Edisi Siasat”, seorang individu yang dinamakan Dr R dan bertugas di sebuah hospital kerajaan terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa yang dilanggar meninggal dunia di tempat kejadian.
Anbalagan sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tohmahan tidak berasas itu kerana ketika itu pihaknya masih menunggu keputusan ujian toksikologi sampel darah daripada Jabatan Kimia.
“Polis akan menjalankan siasatan seadil-adilnya kepada kedua-dua pihak berlandaskan peruntukan undang-undang,” katanya.
Beliau berkata, keadilan meliputi hak bagi mangsa serta yang orang sedang disiasat dan dakwaan seperti itu hanya bertujuan menjatuhkan reputasi polis untuk kepentingan peribadi pihak tidak bertanggungjawab.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

