Pas sudah ada kerusi yang mahu ditandingi dalam PRN Johor

Dari Penulis

PAS telah pun mempunyai jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Abdul Hadi memaklumkan, perbincangan lanjut masih perlu dilakukan dengan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan BH Online, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga akan mendengar maklum balas daripada Pas Johor sebelum penilaian dilakukan di peringkat Pusat.

Menurut beliau, pengumuman mengenai jumlah kerusi dan calon yang akan bertanding akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Abdul Hadi berkata, calon yang akan diketengahkan Pas pada PRN Johor juga perlu mempunyai ciri-ciri terbaik termasuk adil, berpengetahuan dan boleh menjalankan tugas dengan baik.

“Anggaran (kerusi) sudah ada, tapi kita akan dengar (maklum balas) Pas Johor. Pas pusat akan menilai dan turun ke kawasan yang patut kita bertanding.

“Insya-Allah, kita akan masuk (bertanding) atas tiket PN,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Mohd. Khairuddin digugurkan pula daripada Majlis Syura Ulama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 adalah pada hari Sabtu, 12 Mac depan.

Ia ditetapkan selepas SPR mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh iaitu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada hari Sabtu, 26 Februari manakala hari mengundi awal pada 8 Mac depan.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN.

Sebelum dibubarkan, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu).

Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh); dan Amanah (enam).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This