SEGALA persoalan mengenai siapa individu yang akan dipilih selaku pembantu jurulatih tempatan kepada Kim Pan-Gon mengemudi skuad Harimau Malaya akan terjawab, Khamis ini.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam satu majlis.
FAM juga akan memperkenalkan Pan-gon dan barisan kejurulatihan yang lain dalam majlis yang sama.
Sebelum ini, beberapa nama jurulatih tempatan disebut-sebut untuk mengisi jawatan selaku pembantu jurulatih tempatan kepada Pan-gon.
Antara nama yang timbul termasuk bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan; ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan dan pembantu jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira.
Dua lagi calon yang hangat diperkatakan iaitu penolong ketua jurulatih Selangor FC, Mohd. Nidzam Jamil dan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Mohd. Zain pula menarik diri daripada dicalonkan kerana menghormati kontrak bersama kelab masing-masing.
Baca artikel berkaitan: Kim Pan Gon dan barisannya sudah tiba di Malaysia
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar memaklumkan, badan induk itu telah menyenaraikan 10 ‘nama besar’ yang berminat menjadi pembantu jurulatih tempatan kepada Pan-gon.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pula dilaporkan berkata, dua calon telah disenarai pendek oleh Pengarah Teknikal, Scott O’Donell bersama ahli jawatankuasa FAM.
Untuk rekod, FAM telah melantik bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan susulan kegagalan skuad negara di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, hujung tahun lalu.
Pan-gon akan membawa bersama empat ‘orang kuatnya’ dalam barisan kejurulatihan iaitu bekas penolong jurulatih skuad remaja Barcelona, Pau Marti Vicente selaku penolong jurulatih; Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol); Dr. Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

