MULAI 1 Mac ini, kontak rapat yang sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 serta tidak bergejala, tidak lagi perlu menjalani kuarantin.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media beliau di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun jelas Khairy, individu berkenaan perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.
“Sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif, individu ini boleh lakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula perlulah melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.
“Bagi individu yang lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari,” katanya.
Menurut Khairy, bagi individu kontak rapat yang lengkap vaksinasi tetapi belum mendapat dos penggalak, tempoh kuarantin kekal pada lima hari.
Kata beliau, KKM mendapati individu yang positif atau dijangkiti kes indeks gelombang Omicron akan menunjukkan gejala pada hari ketiga.
“Prosedur baharu itu diperkenalkan ekoran negara mencapai liputan vaksinasi yang tinggi dan liputan dos penggalak yang semakin meningkat,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, individu yang menjadi kontak rapat akan merima borang penilaian kendiri iaitu Peralatan Penilaian (HAT)di aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata soalan akan ditanya menerusi aplikasi MySejahtera sama ada individu itu bergejala dan jika tidak bergejala, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tidak akan diberikan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

