TH umum agihan keuntungan 3.1 peratus kepada 8.4 juta pendeposit

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus yang bakal dimanfaatkan lebih 8.4 juta pendepositnya bagi tahun 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus itu melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.46 bilion.

“Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, kadar agihan bagi tahun 2021 adalah kompetitif dan lebih tinggi dari purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan iaitu sebanyak 2.36 peratus.

“Alhamdulillah pulangan ini juga telah mengambil kira zakat yang akan dilunaskan bagi pihak pendeposit sebanyak RM107 juta,” tambahnya.

Katanya, kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.

Beliau berkata, jumlah simpanan deposit yang dijamin oleh Kerajaan telah mencecah RM83.33 bilion dan ia adalah jumlah tertinggi didalam sejarah TH sejak 59 tahun penubuhannya.

“Jumlah kos operasi juga menurun sebanyak empat (4) peratus berbanding tahun 2020 hasil daripada langkah pengurusan kewangan yang berhemah,” katanya.

TH telah mencatat pendapatan sebanyak RM3.24 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM3.15 bilion bagi tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 2.9 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Putra tidak bertanding, dukacita layanan PN

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat keputusan muktamad untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perkara itu dinyatakan...

More Articles Like This