ANAK syarikat Gas Malaysia Berhad, Gas Malaysia Virtual Pipeline Sdn. Bhd (GMVP) telah memeterai kerjasama dengan anak syarikat Kulim (Malaysia) Berhad iaitu Kulim Greenenergy Sdn. Bhd menerusi perjanjian pembelian gas.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat memaklumkan GMVP akan mendapatkan gas biometana termampat hijau daripada Kulim Greenenergy ke dalam rangkaian Sistem Pengedaran Gas Asli dimiliki Gas Malaysia.
Menurut kenyataan itu, gas biometana itu akan diperoleh daripada dua kilang sawit Kulim iaitu Tereh dan Sindora.
Perjanjian itu telah dimeterai dalam majlis menandatangani di mana Gas Malaysia diwakili Pengarah Komersialnya, Shahrir Shariff sementara Kulim Greenenergy diwakili Timbalan Pengurus Besar Inovasi dan Kemampanan Kulim, Wan Adlin Wan Mahmood.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap dan Pengarah Urusan Kulim, Mohd. Faris Adli Shukery.
Sementara itu, Ahmad Hashimi yang juga Pengerusi GMVP berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kulim Greenenergy dalam menceburi usaha hijau itu.
Baca artikel berkaitan: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa banjir
Menurut beliau, Malaysia memiliki potensi dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan lestari dilengkapi landskap tenaga hijau yang berkembang pesat.
“Kami percaya masa depan terletak pada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan mampan,” katanya dalam kenyataan.
Mohd. Faris pula berkata pemeteraian kerjasama itu adalah usaha untuk merealisasikan komitmennya dalam ekonomi kitaran.
Kata beliau, ia juga selari dengan aspirasi untuk menerapkan amalan mampan dalam aktiviti perniagaan.
“Kami menjangka usaha ini mampu menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan dengan mengubah kos pematuhan kami kepada aliran pendapatan baharu,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

