YBR sedia RM210 ribu bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar Selangor

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan pendidikan bernilai RM210 ribu kepada 1,400 murid sekolah dan institusi pengajian tinggi di tiga lokasi iaitu di Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam sempena pembukaan semula sesi persekolahan serta semester di universiti.

Majlis penyampaian bantuan persekolahan dan bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat di Sungai Besar, Selangor diadakan hari ini dengan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai.Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin,

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Widiawati Abudzar yang juga Pengerusi Kelab Belia Wanita Muda Sg.Besar.

YBR telah memperuntukkan RM110 ribu kepada pelajar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan akan memulakan pengajian di semester baru.

Manakala, RM100 ribu diperuntukkan untuk murid-murid sekolah yang bakal memulakan sesi persekolahan yang baru tidak lama lagi, kata YBR dalam satu kenyataan akhbar.

Peruntukan diberikan untuk membantu pelajar dari keluarga yang kurang bermampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar dengan memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

BERITA BERKAITAN YBR peruntuk RM570,000 bantuan persekolahan di Johor

Selain itu, YBR juga berharap melalui inisiatif seperti ini dapat meringan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh negara.

Program bantuan seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar IPT serta murid sebelum mendapat manamana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada dan juga sesi persekolahan.

“Diharapkan juga inisiatif bantuan pendidikan ini menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain dapat turut sama membantu dalam memberi bantuanbantuan sebegini tanpa mengira bentuk atau nilai sumbangan dimana ia bukan membantu masyarakat malah membuktikan syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan,” kata YBR.

Bantuan Awal Pengajian yang berobjektifkan untuk membantu pelajar dari keluarga yang kurang bermampuan terutama dalam kalangan B40 dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini.

Prihatin dengan sesi persekolahan 2022 yang bakal bermula, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anakanak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak dari tahun 2017.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM1.0 juta diperuntukan dalam bagi bantuan ini manakala seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukan bagi program bantuan persekolahan. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This