JOHOR memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan setiap perancangan untuk membangunkan negeri itu dapat direalisasikan demi kepentingan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kestabilan politik adalah syarat automatik untuk kerajaan negeri merealisasikan segala perancangan.
Di peringkat Kerajaan Persekutuan, kata beliau, kerjasama semua pihak termasuk pembangkang telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil ketika ini.
Perdana Menteri berkata, ia juga sejajar dengan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu pembukaan Sidang Parlimen, Isnin lalu.
“Apa pun perancangan kita pastinya tak akan berjaya dalam keadaan politik yang tak stabil.
“Saya percaya di Johor juga kita memerlukan kerajaan negeri yang stabil supaya setiap perancangan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad dapat direalisasikan demi kepentingan Keluarga Malaysia di Johor.
“Saya doakan kejayaan kepada Hasni selaku Menteri Besar Johor,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Angsana, Johor Bahru, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan Keluarga Malaysia.
Menurut beliau, kerjasama erat itu bagi memastikan tiada sesiapa pun tertinggal seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan.
“Pandemik COVID-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia, dan kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan daripada segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan,” jelas beliau.
Perdana Menteri turut memaklumkan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan demi kebajikan Keluarga Malaysia termasuk Baucar Perlindungan Tenang, Satu Keluarga Satu Rumah, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), selain penyediaan Rumah Mampu Milik dan jalur lebar tanpa wayar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

