Siasatan kematian Tangmo Nida selesai, polis dakwa 6 individu

Dari Penulis

SELEPAS dua bulan menyiasat, polis Thailand hari ini membuat kesimpulan Tangmo Nida mati disebabkan lemas dan bukan terjatuh dengan sengaja ke dalam Sungai Chao Phraya, tetapi disebabkan kecuaian orang lain.

Pihak polis juga menegaskan bahawa kematian Tangmo bukan kes bunuh kerana tiada bukti terarah kepada motif itu.

Memetik laporan, Thaipbsworld.com, lebih 20 kecederaan, luka dan lebam ditemui pada badan mangsa, dengan kecederaan paling ketara pada paha yang disebabkan oleh kipas bot.

Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Leftenan Jeneral Jirapat Bhumijit berkata, pasukan forensik telah menggunakan patung bagi melakukan simulasi Tangmo terjatuh ke dalam sungai dan mendapati kecederaan yang dialami adalah selari dengan kesan luka ditemui pada mayat aktres itu.

Beliau juga mengatakan hanya Wisapat Manomairat sahaja yang mendakwa Tangmo membuang air kecil di belakang kapal sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Tangmo terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam 24 Februari kira-kira pukul 10.34 malam ketika menaiki bot bersama lima yang lain.

Ketika sidang media petang ini, pihak polis turut mengumumkan untuk mendakwa kesemua lima rakan yang bersama Tangmo pada malam kejadian dan termasuk seorang lelaki didakwa bertindak sebagai penasihat.

Baca artikel berkaitan: Kisah di sebalik kematian Tangmo Nida

Mereka yang bersama Tangmo pada malam itu ialah Wisapat Manomairat, Thanupat Lerttaweewit, helmsman Paibul Trikanchananan, Nitas Kiratisoothisathorn dan Idsarin “Gatick” Juthasuksawat.

Individu keenam hanya dikenali sebagai “M” atau “Peem”.

Thanupat didakwa dengan cuai menyebabkan kematian orang lain, memberi kenyataan palsu kepada polis, memandu bot tanpa lesen, mengemudi kapal tanpa lesen, serta membuang sampah.

Paibul turut didakwa cuai menyebabkan kematian orang lain, memandu bot dengan lesen tamat tempoh dan membuang sampah.

Nitas pula didakwa cuba memusnahkan bukti, dan melepaskan orang lain daripada tuduhan, serta membuang sampah.

Wisapat didakwa cuai menyebabkan kematian orang lain manakala Idsarin pula memberi kenyataan palsu kepada polis, cuba memusnahkan bukti, dan melepaskan orang lain daripada tuduhan.

“M” didakwa menghasut suspek, memberikan kenyataan palsu kepada polis dan memusnahkan bukti.

Kertas siasatan setebal lebih 2,000 muka surat dan polis mengatakan mereka telah soal siasat 124 saksi termasuk pegawai dan pakar forensik, dan meneliti lebih 300 bahan bukti.

Fail kes juga telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This