PEMIMPIN-PEMIMPIN muda diingatkan agar menjauhi diri dari segala bentuk perbuatan mungkar, rasuah dan salahguna kuasa.
Itu penegasan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke-71 Majlis Belia Malaysia (MBM) semalam.
Menurut Ahmad Faizal, golongan belia yang mempunyai kuasa boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk membantu rakyat.
Begitupun, ujar beliau, kuasa yang sama boleh menyebabkan golongan belia terjerumus ke dalam kancah rasuah.
“Jangan sesekali anda sebagai pemimpin muda, berani mendekatkan diri kepada mereka yang terpalit kepada jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
“Tiada contoh yang lebih baik ketika ini selain daripada kepimpinan Ketua Keluarga Malaysia iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.
“Sifat kepimpinan beliau yang mudah didekati dan berjiwa rakyat harus diteladani oleh pemimpin belia,” katanya.
Baca artikel berkaitan: KPM, KBS berusaha pupuk budaya sukan dalam kalangan murid
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, MBM perlu menjadi rakan strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi memperhebatkan agenda pembangunan belia.
Katanya, penglibatan MBM perlu mencakupi semua peringkat termasuk akar umbi dalam menjalankan aktiviti yang memperkasakan golongan belia.
“Saya berharap persefahaman dan gandingan kekeluargaan antara KBS dan MBM akan lebih erat bagi memastikan kelestarian pembangunan belia.
“Tugasan dan tanggungjawab yang mendatang adalah lebih besar dan kita harus bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

