Tanah runtuh: Tiga dikhuatiri tertimbus, seorang meninggal dunia

Dari Penulis

SEORANG mangsa disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang.

Tiga mangsa berkenaan membabitkan dua penduduk rumah teres dua tingkat di lokasi kejadian serta seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor

Ketika ini, usaha mengesan tiga mangsa berkenaan sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan secara berterusan.

Katanya, ia membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota JBPM Selangor, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Baca: PM ajak semua doakan mangsa tanah runtuh di Ampang dapat diselamatkan

“Kami turut menyarankan penduduk di kawasan berhampiran lokasi kejadian untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, demi keselamatan mereka,” katanya kepada media di lokasi kejadian sebentar tadi.

Terdahulu, pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 87 tahun yang tertimbus dalam kediamannya.

Ini disusuli penemuan mangsa kedua yang juga isteri kepada mangsa pertama, yang dibawa keluar daripada runtuhan tanah jam 9.10 malam. Bagaimanapun wanita warga emas berusia 85 tahun itu disahkan meninggal dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This