CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim dilihat selesa meninggalkan pencabar-pencabarnya dengan memperoleh 9,535 undi setakat ini.
Marina yang dijangkiti COVID-19 pada hari-hari terakhir kempen mendahului calon Perikatan Nasional (PN), Khoo Kong Ek dan Lim Soon Hai dari Barisan Nasional (BN).
Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Peratus keluar mengundi rendah mungkin sebab bimbang COVID-19 – MB
Setiausaha Publisiti DAP Johor itu dilihat selesa dengan majoriti 4,984 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), calon PH dari DAP iaitu Tan Hong Pin berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 35,126 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

