PRN Johor: Peratus keluar mengundi rendah mungkin sebab bimbang COVID-19 – MB

Dari Penulis

KADAR 50 peratus mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 4 petang tadi berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini 70 peratus berkemungkinan disebabkan kebimbangan terhadap jangkitan COVID-19.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kebimbangan terhadap COVID-19 telah menyebabkan pengundi tidak begitu bersemangat untuk mengundi dalam PRN kali ini.

“Kita mendapati bahawa ramai pengundi golongan dewasa mungkin (tidak keluar mengundi) atas sebab bimbang jangkitan COVID-19.

“Mereka tidak begitu ghairah untuk keluar mengundi dan ini adalah dalam kalangan semua kaum Melayu, Cina, India. Warga tua tidak begitu ramai yang keluar mengundi mungkin atas sebab kesihatan,” kata calon Barisan Nasional itu selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, hari ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu tiba di sekolah berkenaan pada 4.05 petang dan selesai mengundi 15 minit selepas itu.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This