MESKI pun memasuki gelanggang sebagai calon berprofil tinggi, bekas Menteri Pendidikan dan pensyarah sains politik, Dr Maszlee Malik tewas teruk di kerusi Dewan Undangan Negeri Layang-Layang.
Ketika 90 peratus undi sudah dikira, Maszlee yang kini mewakili PKR hanya mendapat 4,613 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), 7,309.
BN menampilkan Abd Mutalip Abdul Rahim dalam usaha parti itu mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi tipis pada PRU lalu.

