Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan kemenangan bersama pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional di BN Commad Centre, Johor Bahru, hari ini.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

“Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi,” kata Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata bilangan pengundi yang keluar mengundi pada PRN Johor kali ini adalah 1,426,573 orang atau 54.92 peratus yang terdiri daripada pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, tengah malam ini.

— BERNAMA