TARIKH sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sewajarnya menjadi strategi parti dan dibincangkan secara tertutup.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, perkara itu tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana boleh mewujudkan pelbagai pandangan sekali gus mencetuskan polemik.
Menurut beliau, tempoh sesuai bagi PRU-15 perlu menjadi strategi parti selepas perbincangan dengan pucuk pimpinan.
“Jangan cakap terbuka, tarikh (PRU-15) cepat atau lambat bincang secara tertutup, kekalkan ia sebagai strategi parti kerana kalau bincang terbuka, akan ada yang setuju dan tidak setuju akhirnya mencetuskan polemik,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian serentak Perhimpunan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Persidangan Agung UMNO 2021 (PAU 2021), malam tadi.
Baca artikel berkaitan: UMNO mesti kembali menjadi wakil politik bangsa Melayu diyakini
Sementara itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, perwakilan ketiga-tiga sayap boleh menjadikan ucapan perasmian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai bahan untuk dibahaskan.
Annuar turut menyifatkan ucapan Mohamad mengenai prestasi UMNO dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan diharapkan sebagai pandangan peribadi sahaja.
“Saya mahu tahu apa yang tidak memuaskan? Berdasarkan apa, fakta apa? Portfolio mana yang dirasakan tidak memuaskan? Itu pandangan Tok Mat (sebagai individu) di luar kerajaan.
“Secara peribadi, ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju tetapi ia ucapan yang mungkin boleh dijadikan bahan untuk dibahas oleh Wanita, Pemuda dan Puteri dalam persidangan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

