Mesyuarat MT UMNO bincang usul bahas PAU 2021

Dari Penulis

MAJLIS Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MT yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

“(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu …usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja,” kata Naib Presiden UMNO itu kepada pemberita di ibu negara malam tadi.

Baca: Perkara berkaitan PRU perlu dibincang bersama – Ismail Sabri

Sokong Ismail Sabri ‘poster boy’ PRU-15

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan ahli MT.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad semalam, ditangguhkan hari ini selepas sehari bersidang.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This