ABDUL HADI AWANG.

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah disahkan positif COVID-19.

Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil, yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebook Abdul Hadi Awang.

Muhammad Khalil berkata bapanya yang juga Ahli Parlimen Marang itu, hanya mengalami gejala ringan dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah serta dalam keadaan baik.

“Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau telah disahkan positif COVID-19 dan hanya mengalami gejala ringan. Kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan dalam keadaan baik.

“Bersama kita doakan kesihatan Ayahanda Tuan Guru,” katanya.

— BERNAMA