SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, mayat Low Yu Jing ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 5.09 petang tadi.
Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemui mayat mangsa di dasar sungai.
“Sepasukan 19 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bahru, Bukit Sentosa termasuk 12 PPDA dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Keluarga Muhammad Adib sahkan terima pampasan RM1.5 juta
Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.59 pagi.
Tambahnya, jarak perjalanan ke lokasi air terjun mengambil masa kira-kira dua jam dari pusat kawalan bencana Kampung Orang Asli Pertak.
“Pasukan penyelamat pertama sampai ke lokasi kejadian pada pukul 3 petang, manakala kumpulan kedua dua jam kemudian,” katanya.
Ujarnya, mayat mangsa dalam proses dibawa keluar dari lokasi kejadian ke pusat kawalan bencana.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

