Bilik siasatan jenayah IPD Sepang musnah dijilat api

Dari Penulis

SEBUAH bilik pentadbiran siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang musnah 80 peratus dalam satu kebakaran petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.15 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan 12 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengambil masa kira-kira 12 minit untuk tiba ke lokasi.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya dalam masa 30 minit dan tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Polis panggil 10 pemilik kereta mewah viral

Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah bilik di tingkat satu bangunan tersebut berkeluasan 4.57 meter (m) x 4.57m.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang mengesahkan insiden tersebut berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran itu masih dijalankan.

“Pejabat Pentadbiran Jenayah dan ruang Pegawai Kanan Penyiasatan musnah sepenuhnya dalam kebakaran di IPD Sepang di sini,” lapor Malaysia Gazette

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This