“Setakat satu baris, okaylah…,” – Amir U.K’s tak kisah penyanyi hulur mikrofon kepada penonton

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI kumpulan U.K’s, Amir berpendapat insiden yang berlaku terhadap Amy Search yang teruk dihentam dan didakwa tidak mampu menyanyi dengan baik berlaku disebabkan beberapa situasi.

Malah, Amir,53, juga memohon agar peminat tidak terus mengecam tapi sebaliknya memberi sokongan sekiranya ada penyanyi yang sudah berusia memilih untuk menurunkan ‘key’ atau nada ketika menyanyi di atas pentas.

“Apa yang berlaku pada Amy itu disebabkan beberapa faktor usia selain sistem bunyi yang kurang berkualiti.

“Sebab itulah, jika ada penyanyi cuba membuat suntingan bagi menurunkan ‘key’, kita perlu hormati keputusan itu dan terima sajalah.

“Kita perlu beri penghormatan kepada Amy Search. Pandangan saya, kita tak boleh nak berbalik kepada cerita 25 tahun lalu. Inilah kenyataan yang perlu kita hadap,” katanya kepada URTV.

Amir atau Mohd. Azmir Muhammad Yusof ditemui pada sidang media Konsert U.K’s 25 Tahun di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, melihatkan kepada situasi kebanyakan penyanyi sering menghulurkan mikrofon kepada penonton, Amir berpandangan ia perlu sebagai salah satu cara berinteraksi.

Walau bagaimanapun, kata Amir, penyanyi perlu tahu bahagian mana yang sepatutunya penonton boleh bernyanyi bersama-sama.

“Nak hulur mikrofon kepada penonton tak ada masalah, tetapi jangalah terlalu lama. Setakat satu baris, okaylah.

“Bahagian yang penting, janganlah ditinggalkan dan biarkan penonton menyanyi.

“Sebenarnya tujuan hulurkan mikrofon itu bukan sebab helah seseorang penyanyi tak boleh menyanyi bahagian yang tinggi, tetapi ia lebih kepada nak bina keyakinan untuk menyanyikan bahagian seterusnya,” jelasnya.

Selasa lalu, tular di media sosial sebuah video yang memperlihatkan Amy,64, sedang menyanyikan lagu Isabella ketika membuat persembahan di Johor Bahru.

Ramai yang mengecam dan mempersoalkan vokal Amy yang didakwa sudah tidak boleh menyanyikan lagu bernada tinggi selepas video tersebut menunjukkan dirinya kerap menghulurkan mikrofon kepada penonton.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This