SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah Perodua Kembara di Kilometer 459.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 20 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi melibatkan sebuah motosikal Yamaha 135LC.
Katanya, siasatan awal, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun dan isterinya berumur 57 tahun dipercayai dilanggar dari arah belakang.
“Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa lelaki meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh pada 3.40 petang hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Warga emas rugi RM25,000 disamun dekat Bandar Tun Razak
Ujarnya, suspek pemandu Kembara telah ditahan hari yang sama.
Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

