Suspek memotong gelang tangan milik mangsa sebelum melarikan diri.

SEORANG warga emas berusia 77 tahun terpaksa berputih mata selepas dua utas rantai leher dan sepasang gelang tangan disamun dua lelaki di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa disamun dua lelaki warganegara tempatan bersenjatakan parang ketika ingin keluar makan bersama anaknya.

“Kedua-dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis cari saksi kemalangan maut babit penunggang motosikal

@utusantvofficial

Maklumat awal kes samun Jalan Ikhlas 1, Bandar Tun Razak. No. plat motosikal ALA 850. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Ujarnya, suspek bertindak menarik dua utas rantai leher sebelum memotong sepasang gelang tangan milik mangsa menggunakan gunting pemotong.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” kata Muhammad Idzam.

Terdahulu satu video berdurasi 18 saat menunjukkan suasana tegang mangsa disamun dua lelaki di hadapan sebuah rumah.

Kejadian itu dirakam oleh jiran mangsa sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Tambahnya, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 dan turut mengalami luka di tangan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan”.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram