Kesal tindakan lalu, Aamir Khan mahu lebihkan masa bersama keluarga

Dari Penulis

KURANG meluangkan masa bersama keluarga membuatkan pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan, 58, terfikir untuk mengundur diri dalam industri seni.

Menurut laporan Times Of India, Aamir mengakui menyesal selama berkecimpung dalam dunia lakonan, dia terlalu fokus kepada peminat berbanding bersama keluarga.

“Sepanjang berlakon saya banyak mensia-siakan keluarga yang sentiasa ada bersama. Saya lebih fokus untuk menambat hati peminat.

“Saya sudah buat semua ini selama lebih 30 tahun. Saya seorang yang terlalu pentingkan diri kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

“Bagaimana jika saya lambat sedar tentang hal ini? Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh tebus kembali masa bersama keluarga,”katanya.

Tambah pelakon filem Dangal itu lagi, dia menyifatkan pengalaman lalu telah memberi banyak pengajaran kepadanya untuk lebih mengutamakan keluarga selepas ini.

“Anak-anak dan Kiran (bekas isteri) jelaskan kepada saya bahawa dunia lakonan ini telah menjadi sebahagian daripada hidup.

“Banyak perkara terjadi kepada saya dalam tempoh dua tahun ini. Saya berhenti berlakon dan kini kembali semula.

“Selama ini saya terlalu mengejar cita-cita sehingga lupa untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,” jelasnya lagi.

Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada 1986, namun bercerai pada Disember 2002. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ira dan Junaid.

Kemudian, Aamir berkahwin bersama Kian Rao pada 2005 namun sudah berpisah pada Julai 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak bernama Azad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This