DUA penyamun warga emas berusia 77 tahun dekat Bandar Tun Razak, Cheras pada Sabtu lalu berjaya diberkas polis kelmarin dan semalam di rumah masing-masing.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek warga tempatan masing-masing berusia 35 dan 29 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.
Katanya, suspek pertama berusia 35 tahun ditahan pada Ahad lalu, pada pukul 12.15 tengah malam.
“Suspek kedua berusia 29 tahun pula ditahan semalam pada pukul 11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Baca artikel berkaitan: Warga emas rugi RM25,000 disamun dekat Bandar Tun Razak
Muhammad Idzam berkata, reman ke atas suspek pertama telah dibenarkan selama enam hari bermula 27 Mac hingga 1 April manakala suspek kedua selama tujuh hari bermula 29 Mac hingga 4 April 2022.
“Semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing memiliki 18 rekod jenayah lampau,” katanya.
Tambahnya, pihak polis turut berjaya merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam kes samun itu beserta wang tunai sebanyak RM5,300.
Sabtu lalu, kecoh di media sosial kejadian samun seorang warga emas di hadapan rumah anaknya ketika ingin keluar makan.
Dua lelaki bersenjatakan parang menaiki sebuah Yahama Y15 bertindak menarik dua utas rantai leher sebelum memotong sepasang gelang tangan milik mangsa bernilai RM25,000 menggunakan gunting pemotong.
Kata Muhammad Idzam, kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

