SEORANG pemandu bas sekolah ditahan polis petang tadi selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian cabul membabitkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun.
Kejadian didakwa berlaku pada Isnin lalu ketika murid tersebut menaiki van sekolah.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, kira-kira pukul 2 petang.
Kisah perbuatan pemandu van itu tular selepas bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Tuan Amir Danau memuat naik dua klip video menunjukkan dirinya bertemu mata dengan lelaki berkenaan.
Bapa kanak-kanak itu pada awalnya menyoal pemandu van tersebut sebelum bertindak menamparnya kerana perbuatan gangguan seksual ke atas anak perempuannya.
Baca artikel berkaitan: Tujuh penyamun kedai komputer diberkas polis
Nanda berkata, berdasarkan laporan seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, polis telah menahan pemandu bas itu.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

