[VIDEO] The Grand Campbell Hotel bawakan sajian selera kampung pada Ramadan

Dari Penulis

THE Grand Campbell Hotel kembali menghangatkan bulan Ramadan kali ini apabila tampil dengan juadah bufet berbuka puasa buat peminat masakan ala kampung yang pastinya menjadi plilihan utama penduduk warga kota.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan dan Hartanah Shapadu, Zarimah Mohamed, hidangan bertemakan tradisi masyarakat Melayu ini selaras dengan imej Kompleks Campbell yang kini mencecah ulang tahun ke-50 penubuhannya.

“Sajian yang dihidangkan seperti nangka masak lemak, sambal tumis, ikan masak taucu, kerabu, pucuk ubi, ulam-ulaman, ubi rebus serta aneka kuih muih,” ujarnya kepada UtusanTV.

Malah, terdapat tiga set menu yang akan ditukar pada setiap minggu bagi menyajikan kelainan dan kepelbagaian buat para pelanggan.

Tambah Zarimah lagi, sasaran golongan yang dapat menikmati juadah tersebut tidak tertumpu kepada individu beragama Islam sahaja dan dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat di ibu kota ini.

“Kami juga sasarkan kepada golongan pertengahan, warga kota yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa selepas tamat waktu bekerja dan mereka yang hadir membeli belah di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman,” ujarnya.

Katanya lagi, golongan korporat yang mempunyai keinginan menaja majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim atau mahu menjamu kakitangan pekerja juga adalah amat alu-alukan.

“Pelanggan juga dapat beribadat dengan menjalani sesi solat terawih yang diadakan di Surau Campbell,” katanya.

Sehubungan itu, Zarimah meluahkan harapannya yang tinggi bahawa juadah ‘Ramadan Buffet Selera Kampung’ ini menjadi gerbang utama buat orang ramai menikmati kelazatan makanan selepas seharian berpuasa.

“Harapan saya agar ‘Ramadan Buffet’ ini mendapat sambutan ramai kerana harga yang ditawarkan amatlah berpatutan seterusnya dapat memperkenalkan Kompleks Campbell serta The Grand Campbell Hotel kepada orang ramai,” jelasnya.

The Grand Campbell Hotel Ramadan Buffet dibuka pada 8 April sehingga 29 April dari pukul 6.30 petang sehingga 9 malam.

Harga ditawarkan ialah buat kanak-kanak (RM35/seorang), warga emas (RM50/seorang) dan dewasa (RM70/seorang).

Tempahan awal akan menerima potongan sebanyak RM10 bermula 8 Mac hingga 7 April sahaja.

Sebarang maklumat dan tempahan boleh hubungi di talian utama 011-1301 1300 atau Nureen 017-637 0503.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This