SEMBILAN diberkas polis selepas merusuh dan samun dalam satu kejadian di Kubota Square, Tawau tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua sembilan suspek yang masih belum dikenal pasti warganegara telah dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
“Enam daripada suspek direman empat hari sehingga 7 April, dua dibenarkan selama dua hari sehingga esok manakala seorang lagi sehingga petang hari ini sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Enam cedera selepas MPV rempuh kedai roti di Da Nang
Katanya, dalam kejadian pukul 12.58 tengah malam itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana pengadu memandang suspek semasa di dalam premis, yang kemudiannya membawa kepada pergaduhan di luar premis itu.
“Dalam kejadian itu juga, pengadu menyedari rantai emas miliknya telah hilang disyaki ditarik oleh salah seorang suspek,” tambahnya.
Jasmin berkata, dua mangsa telah mengalami cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di hospital.
“Kes ini kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ujarnya, setakat ini, pihak polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
Justeru itu, pihak polis ingin menasihati masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih kepada umum.
Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pengawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan Maliki Majuni di talian 017-8989171 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mulkiaman Zizurahman di talian 019-8997727 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

