“Bersihkan hati okay…,” – Fatin Afeefa berang komen netizen susulan ‘posting’ pakai tudung

Dari Penulis

NIAT baik pelakon Fatin Afeefa yang memuat naik gambar bertudung rupa-rupanya mendapat respon negatif daripada netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Fatin yang kelihatan cantik bertudung sempena mengimarahkan bulan Ramadan masih mendapat kecaman daripada warganet.

Komen netizen yang mempersoalkan mengapa hanya bertudung apabila tiba bulan Ramadan, membuatkan pelakon yang terkenal dengan filem Tentang Bulan itu berang.

Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Binti Shamsudin, 27, turut membalas komen yang kurang bermoral itu.

“Pelik eh, bulan puasa saja tiba-tiba bertudung,” tulis pengguna akaun yang menggunakan nama @salambaiduri.

Walau bagaimanapun, Fatin tidak membiarkan komen terbabit dan meminta penggguna laman sosial terbabit untuk tidak berprasangka dengan orang lain.

“Pakai tudung salah, tak pakai tudung salah. Awak okay ke tak tu? (You ok or not?)

“Bersihkan hati ok,” balas pelakon Volkswagen Kuning itu.

Komen balasan yang dihantar oleh Fatin turut disokong dan dipersetujui oleh netizen yang lain termasuk pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Hafizul Kamal.

Biarpun dihentam, namun ramai yang terus memberi kata-kata positif dan memuji kecantikan Fatin yang memilihn untuk memakai hijab demi menghormati bulan Ramadan.

Untuk rekod, Fatin Afeefa memulakan kerjayanya sebagai pelakon seawal umur lapan tahun.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 2013 namun bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Fatin turut memiliki seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian yang berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This