Nicky Liow berdepan 26 pertuduhan pengubahan wang haram RM36 juta

Dari Penulis

LEBIH setahun menjadi ‘pelarian jenayah’ berprofil tinggi, Nicky Liow akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Dalam prosiding hari ini, pengasas Winner Dynasty Group itu berdepan 26 pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Keseluruhannya, nilai pengubahan wang haram itu berjumlah RM36 juta, lapor Free Malaysia Tiday.

Nicky atau Liow Soon Hee, 34, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Helina Sulaiman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 2016 hingga 2021.

Baca: Selepas setahun diburu, Nicky Liow tampil serah diri

16 ahli ‘Geng Nicky’ dituduh di mahkamah, termasuk dua adik-beradiknya bergelar ‘Datuk’ – Ayob Khan

Dalam prosiding itu, Nicky yang diwakili peguam Rajpal Singh dibenarkan ikat jamin RM1 juta.

Hakim membenarkan ikat jamin itu dibayar dalam dua ansuran, dengan yang terakhir mesti dibayar esok.

Nicky turut diarah menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dua kali sebulan.

Mahkamah menetapkan 26 Mei untuk sebutan kes.

Nicky Liow mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pendakwaan kes ini diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rozaliana Zakaria dan Syafinas Shabudin.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke 24, Liow, 34, dan tiga buah syarikat yang dikaitkan dengannya didakwa secara langsung melibatkan diri dalam transaksi daripada aktiviti wang haram lebih RM33.7 juta di bawah perenggan 4(1) (a) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa memiliki wang hasil daripada aktiviti sama membabitkan lebih RM2.29 juta dibawah perenggan 4(1) (b) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dua buah bank di Bandar Puteri Puchong dan Bandar Ampang sekitar 2016 hingga 2021.  

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum lima belas tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu, pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This