Tidak pakai pelitup muka, tunjuk insyarat lucah: Polis kesan warga asing

Dari Penulis

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata rakaman video berdurasi 18 saat yang telah dimuat naik di akaun TikTok dan Twitter itu dikesan semalam dan laporan juga telah dibuat oleh pihak keselamatan pasar raya tersebut. 

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil memberi maklumat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This