MALAYSIA tidak boleh lagi berdiam diri dan mengambil dasar sederhana soal pencabulan hak asasi manusia etnik Uighur di wilayah Xinjiang, China.
Sebaliknya, Pengasas Bait Al-Amanah, Dr. Abdul Razak Ahmad berpandangan, Malaysia perlu mempunyai pendirian yang lebih jelas dan tegas kerana isu tersebut bukan sahaja melibatkan hak asasi tetapi juga kepentingan ummah.
Menurut Abdul Razak, negara harus mempertimbangkan untuk menangani isu etnik Uighur di pelbagai peringkat dengan pelbagai strategi.
Abdul Razak berkata, kerajaan sewajarnya menggunakan hubungan akrab dengan China untuk menzahirkan pandangan supaya ada sedikit sebanyak perubahan berlaku terhadap golongan tersebut.
“Malaysia sebuah negara luar biasa, mungkin saiznya tidak begitu besar tetapi kita mempunyai pengaruh yang kuat.
“Kita konsisten apabila melibatkan pencabulan hak asasi manusia dan kepentingan ummah, lihat sahaja di Bosnia Herzegovina, Kosovo dan Palestin.
“Namun apabila tiba soal etnik Uighur ini, saya faham, kita perlu pendekatan lebih sofistikated kerana kita mempunyai hubungan sangat istimewa dengan China.
Baca artikel berkaitan: Suhakam perlu tentang Islamofobia, penghapusan etnik
“Saya hargai dan tahu kesukaran kerajaan dalam perkara ini tetapi pada masa sama, kita juga tidak boleh kecundang dalam mempertahankan kepentingan umat Islam sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Isu pencabulan hak asasi manusia dan penindasan terhadap etnik Uighur mendapat perhatian dunia selepas ‘bukti’ kekerasan dikeluarkan media barat.
Mengulas lanjut, Abdul Razak menegaskan sudah tiba masanya Malaysia mempunyai Wakil Khas dalam menyuarakan isu Islamofobia supaya bukan sahaja ditangani di peringkat bilateral tetapi juga universal.
Selain itu, kata beliau, Malaysia perlu bekerjasama dengan negara-negara yang mempunyai ‘aliran pemikiran’ yang sama seperti Turki, Qatar dan Indonesia.
“Apa yang pasti, China adalah negara berpengaruh sebab itu kita harus berhati-hati dalam perkara ini.
“Saya percaya China merupakan sebuah negara progresif dan moden dan bersedia untuk berubah,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

