Dua suspek yang kini diburu polis.

POLIS kini mengesan dua lelaki selepas cuba melakukan samun serta mendatangkan kecederaan kepada dua pelajar warganegara asing dalam satu kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiaramas dekat Persiaran Dutamas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada pelajar berusia 26 tahun berkaitan kejadian tersebut kira-kira pukul 10.04 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit sedang berjalan kaki ke pusat beli-belah Publika pada pukul 8.53 malam sebelum didatangi oleh sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran WB 9352P.

“Pengadu telah bertindak merakam aksi dua lelaki Melayu menggunakan telefonnya setelah menyedari perbuatan suspek yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera selepas dipukul suspek.

Baca artikel berkaitan: Polis siasat kes buli murid asrama di Sibu

Tambahnya, suspek telah turun daripada motosikal dan menghampiri pengadu dengan niat untuk merampas telefon milik mangsa, tetapi gagal.

“Berlaku pergelutan antara mereka sehingga suspek bertindak kasar dengan memukul belakang badan pengadu menggunakan dahan kayu sehingga menyebabkan kecederaan.

“Pengadu telah berlari ke arah SK Kiaramas bagi meminta bantuan daripada pengawal keselamatan yang sedang bertugas di situ kerana ketakutan dan suspek kemudian beredar,” katanya.

Eng Lai berkata, pengadu telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di belakang badan pengadu akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 393/323 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun dan mendatangkan kecederaan.

Sehubungan itu, saksi kejadian di minta tampil menyalurkan maklumat identiti suspek dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Nor Hafizullah Norahim di talian 017-2232031 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di talian 03-40482222 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram